SPONSOR BY

SPONSOR BY

Friday, November 16, 2012

Kasih ibu bawa ke syurga :)




Alhamdullilah syukur nikmat..bersyukur masih dapat bernafas dan menghirup udara segar setiap pagi..Terima Kasih Mama kerana melahirkan aku ke dunia ini..Alhamdullilah..syukur ya Allah..kerana Engkau masih memberi ruang kepada aku untuk terus bernafas di bumi Mu..
“MA...tanpa insan yang bergelar Mama,mummy,ibu,bonda atau pelbagai lagi siapalah kami di Dunia ini..Syukur sekali lagi...
Terkilas di dalam hati untuk menulis mengenai kasih sayang ibu apabila melihat satu kejadian..Mungkin kisah ini sedikit lucu,tapi amat dalam maksudnya..
Kisah ini berlaku awal pagi tadi sewaktu mandi..Aku melihat ayam Mama yang baru lepas mengeram@bersalin...heee...Anak – anak ayam yang kecil berbulu kuning kehitaman seperti ibunya terjatuh dibawah..Anak ayam tersebut berbunyi terpiak – piak..Mungkin kalau manusia anak kecil yang baru lahir menangis nak menyusu...Ibu ayam tersebut turun dan menutup anak – anak nya mengunakan sayap untuk melindungi anak – anaknya samada dari kesejukan atau ancaman musuh..SUBAHANALLAH...Besarnya makna kasih sayang insan yang bergelar ibu..Melihat peristiwa tersebut terkilas dihati untuk menulis didalam blog...Sebagai renungan untuk diri dikala diri terlupa..Juga sebagai renungan kepada insan – insan yang sudi membaca blog ini..TERIMA KASIH 
Selagi kita masih benafas diatas muka bumi ini..hargailah kasih sayang ibu bapa kita..Tanpa mereka Siapa lah kita..

Allah berfirman : “

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

 Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya),dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang  demikian) bersyukurlah kepadaku dan kedua ibu bapamu dan (ingatlah),kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)
                                                                                                  (surah Luqman : 14)


Terdetik didalam hati untuk menulis sebuah puisi untuk ibu..walaupun aku bukanlah seorang penulis yang puitis tapi puisi ini adalah ikhlas dari hati seikhlas kasih ibu taktala membesarkan aku sehingga aku Berjaya kini...Alhamdullilah Syukur J




MA....
Lahirnya aku didunia ini merupakan satu rahmat
Yang tidak terhingga,
Aku bersyukur ke hadrat Allah yang kuasa
Memberi aku peluang berada di dalam kandunganmu
Memberi aku peluang untuk menjadi anakmu..

Ma....
Pengorbananmu tiada tolok bandingnya
Kasih sayangmu tidak dapat ku hitung
Tidak terluah dek kata – kata
Hanya mampu mengucapkan rasa syukur
Syukur kerana membesarkan aku
Syukur kerana mendidik aku menjadi insan berguna
Syukur kerana tidak jemu dengan telatah ku

Ma....
Budi mu tidak dapat ku balas
Jasa mu sentiasa ku kenangi
Kerana tanpamu siapalah aku
Seorang hamba Allah yang hanya
Menumpang kasih dan sayangmu

Ma....
Walaupun aku selalu menyakitkan hatimu
Ketahui lah disegenap jiwaku..
Kasih sayangku terhadap mu tidak terhingga
Tiada galang gantinya
Terima kasih MA..diatas segalannya
Aku bersyukur menjadi anakmu..
TERIMA KASIH MA 

Alhamdullilah selesai sudah entry ini..sebenarnya terlalu banyak hendak diluahkan mengenai insan bergelar ibu ini..tidak terhitung..tapi cukuplah setakat ini sebagai renungan bersama..

Sebuah lagu hadiah untuk insan yang bergelar mama..SYURGA KU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU
Duhai Apakah Gerangan BuDi Balasan
Bagi Insan Melahirkan
Membesarkan
Bercucuran Airmata Bila Mengenangkan
Betapakah Besar BuDi Ibunda Berikan
Siang Malam Menderita
Hingga Entah Bila
Sungguh Besar Pengorbanan
Ibunda Berikan
Tiada Bahagia Jika Tiada
Doa Puja Restu
Syurga itu Telapak Kaki Ibu


Lagu Untuk Ibu - Brothers


Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah
Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini
Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa
Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya

Wednesday, November 7, 2012


Sesekali ku rasa teringin
Melewati hatimu yang dingin
Mendengar keluh resah
Semenjak kau kehilanganku

Tiap kali ku cuba hampiri
Makin deras degup jantung ini
Diranjang kian sepi
Ku sendiri...

Sesungguhnya tewas menghadapi
Malah ku akui sepi menghantui
Paling tidak berilah peluang
Ku berterus terang

Adakala ku rasa teringin
Bermesra denganmu bagai waktu dulu
Tapi bilakah semua ini
Akan jadi pasti bukan lagi mimpi
Kasihani diriku...

Ku wanita dengan airmata
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar melepaskan
Rasa hati....

Ku mengharapkan...
Jendela hati...
Terbuka lagi...
Oh.. oh.. oh...

Malam nie tiba2 mulut asyik nyanyi lagu nie..mungkin teringin atau mungkin seperti senikata dalam lagu ini..Semua orang pasti ada kenangan dalam setiap lagu...Setiap lagu ada cerita.Bak kata Yuna setiap gambar ada lagu :) Lagu teringin dendangan Shima nie adalah sebuah nostalgia..dari zaman kecik kerap sangat nyanyi lagu nie tidak kira masa dan tempat..sehinggalah kini..Hari ini,hari dimana usia mencecah kedewasaan..Alam dewasa yang penuh ranjau berduri..Kadang - kadang jika terlalu asyik dengan nikmat alam dewasa ini kita akan jatuh..jatuh dan terjatuh..Mungkin ada yang bersimpati atau mungkin sekadar jadi pemerhati tidak lupa ada si pengejek yang akan terus-terusan mematahkan semangat kita untuk bangun..Begitulah perjalanan sebuah kehidupan..umpaya tayar-tayar bergerak di lebuh raya besar..jika tayar gagal berfungsi dengan baik..akan berlaku sesuatu yang tidak di ingini..jika tayar dapat berfungsi dengan baik maka lancarlah sebuah perjalanan....HIDUP UMPAMA RODA!!!!!

TO BE CONTINUE....


 

Monday, October 8, 2012

tips diet + tips sihat..

Yuhuuuuuu....Hari Nak Share psl diet sht la...Sharing Is Caring! kn?! Topik hari nie pasal buah -buahan..Buah tinggi Serat bagus untuk diet..so..sila baca entry nie smpai habis k..



BUAH BETIK...Buah Betik senang nak dapat dan harga pun murah..siap ada jual RM1 Sepotong...Buah Betik selain kaya dengan VITAMIN C yang tinggi iaitu DUA KALI GANDA dari BUAH LIMAU..Betik juga boleh jadi pendinding daripada serangan penyakit yang menyeran HEMPEDU.Menurut kajian pakar Pemakanan dari University Of California,San Francisco terdapat lebih dari 13,000 orang,mereka yang mempunyai kadar VITAMIN C yang rendah berisiko tinggi menghidap penyakit HEMPEDU.Walaupun kita leh dapat VITAMIN C nie dari sayur2an or buah2 lain tapi  sebiji Betik dengan ukuran sederhana iaitu kira2 280gram mengandungi 188mg vitamin c dan 500 kj kalori...fuhh!!


ANGGUR..emm harga Mahal k..tp cukup berbaloi jgk..Lama xmkn Anggur -_-.Pasti ramai yang tahu kandungan antioksidan di dalam buah Anggur mampu mencegah gula dalam darah menjadi lemak...Anggur juga mencegah pembentukan lemak didalam perut...Nah!!!sape2 yang banyak lemak kt perut..beli la Anggur k!! Anggur juga sangat baik untuk kesihatan dan kelicinan kulit..(ptt kulit xlicin..kurang mkn anggur >,< ) Anggur juga membantu kita jadi AWET MUDA..Kandungan yang ada kat Anggur seperti GULA BUAH,KAROTIN,VITAMIN C dan B..Mkn Anggur dengan kerap membantu membaiki Penglihatan Mata,memperbaiki sistem penghadaman dan mencegah Asid Urik sekaligus mencegah ORGAN HATI BEBAS DARI TOKSIN! Anggur juga bagus bagi mereka yang lemah saraf. Ia boleh menstabilkan hormon wanita dan membantu mencegah OSTEOPOROSIS @ RAPUH TULANG.

OREN..berbanding dengan buah lain..OREN dipercayai mempunyai kandungan Serat paling tinggi..Serat dalam buah ini juga adalah dari jenis yang larut dalam AIR dan amalam memakan buah ini mampu mengurangkan keinginan korg menikmati KARBOHIDRAT.Menurut DR.BILL SEARS,Pakar Psikologi dan Profesor di University of Colifornia,pengambilan buah Oren setiap Hari dapat membantu meningkatkan kadar anibodi dalam badan.Selain itu,ia juga dapat menghentikan virus2 penyakit daripada memasuki badan korg!

TEMBIKAI..Terdiri daripada 92% air,8% gula serta mengandungi ANTIOKSIDAN LYCOPENE,kaya dengan Beta Karotera yang mampu mencegah pelbagai penyakit terutamannya kanser.Tembikai juga kaya dengan KALIUM (POTSIUM). Separuh daripada buah tembikai mempunyai sebanyak 825MG KALIUM. Kalium kan baik untuk merendahkan tekanan darah dan menghalang Kolesterol daripada melekat dan menyempit pembuluh darah Arteri .. (Fuh!! teringat subjek sains masa form5 >.<) Ia juga mampu memberi isyarat kenyang kepada otak dalam tempoh yang singkat apabila RESEPTOR  di dalam perut Teransang.JUS TEMBIKAI mampu untuk menyembuhkan penyakit dengan menghapuskan kesan2 TOKSIK dalam tubuh selain kehadiran Asid berlebihan juga dapat diatasi kalau korg amalkan minum jus tembikai nie..Jangan kt kedai je bru order k ==!


Setakat nie...nie jelah dapat share k..info Lanjut sila Baca buku Bertajuk "EAT WELL,LIFE WELL" atau The Botany of Desire: A Plant's-Eye View of the World (Paperback) by MICHEAL POLLAN..

 ENJOY UR READ..SHARING IS CARING^^


CIK NUR ^^

Thursday, October 4, 2012

jiwa kosong ^^

kosong..kosong..kosong...Nie bkn kosong versi Najwa Latif,nie Kosong versi Cik Nur...

Saat ini...Saat baca belog ini..cuba fikir apa yg kosong dlm hidup kita...POKET KOSONG????????satu kebarangkalian dalam hidup..huh!!! Hati Kosong?????? Ar..nie problem kalu hati kt dah kosong..Pandai2 LA tenung dan rujuk balik Hubungan dengan Sang Pencipta..Hati Kosong + jiwa kosong menyebabkan hidup kita KOSONG...KEKOSONGAN MENYELUBUNGI HIDUP!!!!!!!...KREDIT KOSONG????Hahaha..yang nie tahap hampeh...nak calling2 pn payah...nk text apatah lagi...so secara kesimpulannya kita akan KOSONG LA...0-0...huh!...tapi kosong satu nie mmg bgus la...FROM ZERO TO HERO!!!ZERO?HERO???????mcm ceta Hercules kn..itu HIPERBOLA SEMATA2..ZERO TO HERO bg seorang insan bergelar manusia bermaksud dari kt tak punya apa2...bila berusaha akan dapat juga HASILNYA..Hendak seribu Dayah...tak Hendak banyaklah Dalih..So,kesimpulannya..Tetap KOSONG...
MARKAH KOSONG????ar yang nie tuk mereka yang bergelar Student..Kalau Dah dapat Markah Kosong rajin2 la study..Kalau x..telinga Korang Akan KOSONG sebab kena CUCI oleh MA+PA...^^v
Apa lagi Yang KOSONG?? Dah Habis Idea ..KOSONG DA NIE..Masa tulis nie pn masa boring dan rasa KOSONG..HUH!..OTAK PUN DA KOSONG...sAJA je TUK mENGISI masa KOSONG NIE ^^v
Tapi kalau kita fhm btl2..MSJ KOSONG aku nie jeles dan Nyata..MESEJ PN SAMPAI...
SO..KESIMPULANNYA...JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DI SELUBUNGI KEKOSONGAN...
JOM SAMA2 JADI HERO...^^v

Nah------> KOSONG tuk Korg K..LAYAN & selamat mengisi Kekosongan..



CIK NUR ^^

Saturday, September 29, 2012

Jom belajar Make up ^^

 

Nah korg...yg nk bljar Make up...^^..tk saya jgk...sbb sy sendiri pn x reti pkai make up...hihi...tp rimasla pkai make up...pipi pn jd berat...tp sape2 yg tringin sgt mau Make up..leh try youtube nie..check it out




Klu Nk MaKE uP SGT...hati2 la ye..kena guna produk yg sesuai dgn kulit...nnt masa make up cntk..lps make up haru biru..nyesal plak...so suggest skt produk nie..ITS MAYBELLINE..Memang bgus..wlpn xpnh pkai Make up Keluaran Maybelline tp da ckp memandai dgn BB CREAM,POWDER & LIP BALM dari produk nie...mmg bagus...dah dkt 10thn pkai BB CREAM,POWDER N LIP BALM Maybelline...mmg TERBAIK....its up to u ^^

SELAMAT BER MAKE OVER YE ^^

CIK NUR ^^

Mamutik & Manukan Island,Sabah

Mamutik View...

Before Snorkeling

pic masa tiba d mamutik

with nemo-Manukan island

ready to say gudbye




Wednesday, September 12, 2012

it's about life and love ^-^


I wish, i had ex-boyfriends like Ted and Barney. =). We dated, we broke up but still hang around together, like everyday. But, I know... it's really hard to find ex-boyfriends like Ted and Barney in real life. It only happens in How I Met Your Mother TV series. I know, LOL. The real thing is, their new girlfriends won't allow them to be friends with their ex. Why? Jealousy and feeling Insecure. Ahh, knock yourselves out! 

As for me, as long as I'm not yours and you're not mine officially, you can be friends with any girls you like, so can me. As long as you know who am I to you, and so do I. Open relationship? Naaah... being open mind about relationships. Ok, get over it!! 

I personally do not like being in a relationship with someone I don't have a feeling for. Allah SWT promises us, If he/she is meant to be with us, for us, there would be love feelings inside our heart every time we spend minutes with them. If there's no sparks feeling inside, it's a sign that he/she is not meant for us. Allah SWT says, "Kun Fa Ya Kun"- If it's meant to be, it's meant to be. There should be no forcing and pushing in liking and loving someone. why should we pretend to like/love them when the truth is we don't? why is it so hard for them to understand, to accept the truth that we do not have a thing for them? Even how many times we tell them, they insist that they can take care of us. 

Douhh...every one can take care of others,la! with no feelings involved. Good GOD..! Frankly, people who desperately want to get involved in a relationship are hiding their flaws. It's either because they have a hidden agenda, or, maybe they are desperately lookin for someone to show off to their friends, or, maybe they think it's hard for them to find someone who can accept them. maybe. too many maybes. But, one sided love is never gonna work!
 To my luvly sis Babyshafi Abdullah (MY UMS FRENZ)..GOOD THANKS FOR YOU SIS...REALLY GOOD IDEAS..HAHA...^-^..Remember this...WHAT GOES AROUND COMES AROUND....
Love is seeing an imperfect person perfectly. Meaning that you see a person's faults, short coming, mistakes and everything that is bad about them and still loving them. This is love a person because of their faults. It is the imperfections that make a person different and unique and worth loving. ...sebab tue la org kata CINTA ITU BUTA!!!!!!!!!...
Love is something that cannot be explained really, its just that invisible chemical connection that two people have by the way that they look at each other, or just 'know' about what they other person is thinking just by a look and smile ... love I guess makes you want to be a better and good person at the end of the day, you go to bed happy and you but your partner's happiness first.
Sometimes we hate the person we love the most and yet we can’t stop loving them. We might push them away at times and yet we can’t live without them either. Love, life, and reality can really change any person out there..

REMEMBER Cik Nur ^-^,whatever happen life must go on...Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita...ALLAH GIVES US WHAT WE NEED..

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah ke 36. Ayat ke 36.


Cik Nur^-^

Tuesday, September 11, 2012

NO MATTER WHAT YOU'RE

---->“This life is what you make it. Not matter what, you're going to mess up sometimes, it's a universal truth. But the good part is you get to decide how you're going to mess it up. Girls will be your friends - they'll act like it anyway. But just remember, some come, some go. The ones that stay with you through everything - they're your true best friends. Don't let go of them. Also remember, sisters make the best friends in the world. As for lovers, well, they'll come and go too. And babve, I hate to say it, most of them - actually pretty much all of them are going to break your heart, but you can't give up becuase if you give up, you'll never find your soul mate. You'll never find that half who makes you whole and that goes for everything. Just because you fail once, doesn't mean you're gonna fail at everything. Keep trying, hold on, and always, always, always believe in yourself, because if you don't, then who will, sweetie? So keep your head high, keep your chin up, and most importantly, keep smiling, because life's a beautiful thing and there's so much to smile about.”

---->  It’s better to love someone that is far away and wants to be with you, than someone that you see everyday and not want to be with you. That’s why love grows stronger!!

 Everyone always says “true love with set you free” well it doesn’t. because your first true love if it ends
will hurt for the rest of your life and be the hardest thing to let go of.



 cik Nur ^-^

Thursday, September 6, 2012

Nada Cinta Versi Aku

wah..tajuk mcm menarik hati je...emm tp nie bkn kisah aku tau...sj nk mgulas kisah nad..nad..nada cinta..hehehe...pasti ramai peminat senatron indonesia nie kn....aku pn minat jgk...xlepas tgk..wlpn kadang angin semacam je di buatnya..tgh2 layan ceta nie..embun2 pn menitik..^-^

aku nak ler komen pasal nada cinta nie...mula2 skali apa yg baik dgn senatron nie...Nada cinta nie buat kita faham erti persahabatan...tgk je kwn2 dlm ceta nada cinta nie...persahabatan dorg mmg..fuhh!!sgt rapat...vito slalu tlg nada dlm apa pn situasi...byk lagi nilai persahabatan yg kita leh amik dr ceta nie...

------> sebelum ulas panjang2 lagi nah tgk skt gmbr si Vito...hensem kn ^-^

sambung balik ulasan..hihihi..Dlm ceta nie jgk...kt leh nilai n fhm mksd cinta dan pengorbanan...xyah ulas pjg sgt bg mereka2 yg slalu tgk ceta nie memang akan sedia maklum dan bagi mereka yg x tgk..nak habaq mai...Si Ricky bgtu setia kt Nada..wlpn pelbagai onak,ranjau dan badai dorg harungi sama2...mcm rasti n alex..apa yang pasti sumanya happy ending...cinta pula yg disangka mati muncul kembali...waduh2...bisa sih...ops!^-^..Nada cinta pun ajar kita erti kesetiaan ^-^

Ceta bkn sj sebagai hiburan semata..apa yg wajar ambil la sebagai teladan yg x wajar jadikan sempadan...watak dan perwatakan hanya la sbg jalan cerita semata...hanya kt sahaja penantu watak dan perwatakan kt d alam yg nyata...mcm tadi yang baik jadikan teladan dan sebalikny..had kn..buat sempadan..^_^


sambil2 kt tgk Nada cinta kt leh jgk wat kelas Vokal..hahaha..ops! kidding ^-^

nah..sila la nyanyi kalau nak ok ^-^



: Cik Nur ^-^

Wednesday, September 5, 2012

DEACTIVE FB...:(

Hari nie mud btl2 xok...feeling semacam je sejak dua manjak nie..so,stlh d fikir masak2 dgn rela hati tlh menutup akaun pesbuk buat sementara waktu...sementara je..tue pn xpasti smpai bila...oh..oh..sampai kapan lagi...Hidup perlu ada komitmen..bukan semata2 untuk pesbuk,tweeter dan yang sama waktu dengannya..buat masa ini nk fks berbelog la dlu...wlpn mcm ngada2 skt...hahaha ^-^

otak betul2 rasa kosong dan serabut..kena check balik relationship dengan maha pencipta...hanya hubungan dengan sang pencipta dpt memberikan hati tenang...setenang tenang...^-^

jari jemari masih kaku lagi tk memulakan rutin...maklum la...sdh lama jari jemari tidak menjalani rutin taip menaip belog...so,harap2 lepas nie jari jemari akan bekerjasama dengan minda untuk menghasilkan sesuatu yang indah...teramat indah ^-^

nk share lagu randy pangalila la kt sini...EVERYTHING I NEED......yups...trlalu byk yg diperlukan..semuanya..rasa kasih cinta n sayang sesama insan dan sekeliling..ops!

---------> jom layan la...siap bg senikata sekali kt video..klu rasa nk karok...karok je..xda sape2 yg akan tahu...^-^

: Cik Nur ^-^

Tuesday, September 4, 2012

suka suki raya

hi...selamat hari raya...last update masa pose...huhuh...blm ada idea lg nk taip2...tgn msh mud hari raya...xnk exercise byk sgt....nnt hbs raya kt diet...jari jemari pn akan kembali aktif...hari nie just nk muat trn gmbo2 masa raya..byk rasa nk uplod tp buat masa nie..kt kayuh pln2 dlu..step by step...==


  My Cuzzy
tengok dari gambo nie..mak ai....rasa sgt2 debab...walhal selim giler..hahaha...klu xslp nie raya 1st...posing sebelum g braya kt umah2 yg bkl2 d serbu..ngeh2....
 kami lagi...opss..kaler biru gtu...kaler fevret sy ok...
nie raya kedua or tiga before g braya d beaufort....sempat lagi posing k...==


nie kt umah org...tp sempat snap2 lagi...adoi la...ngeh2x...

baju sama ok...

banyak lagi nk uplod tp jari jemari da layu..takut koma plak...so nnt lg akan d uplod..bakal d uplod...my cuzzy2 yg baca entry nie..sabo jelah k...nnt gmbr u ol akan d uplod...ASAP..:)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
IKHLAS DARI SAYA
CIK NUR ;)


 

Thursday, August 2, 2012

selamat berpuasa

oppss lama x update blog nie...bz je sepanjang bulan ramadhan nie..apa pn selamat berpuasa..dah masuk ramadhan yg ke 14...So mcm mana?ada yg msh full lg ke..hehe...

bila bercerita psl pose..tringt zaman kanak-kanak...zaman best bila bln ramadhan tiba...apa yg best?mesti la menu berbuka pose yg beraneka juadah...wah bestnya...mcm2 jenis kuih ada...juadah yg paling fevret bila buka pose ialah laksa penang...huh...pose thn nie rasany hr2 mkn laksa penang beli kt bzr..murah je RM 2.50...walaupun rasa x sama dgn yg buat sdr...kuah x pekat..tp klu nk kuah pekat buat sdr..klu tk mniaga mmg x pekat kut..hehehe...selain menu berbuka apa lg erk kenangan zaman kanak-kanak bila tiba bulan pose?aiks...bleh lp plak...umo da lanjut kut..hahaha....
paling xleh lupa zaman sekolah rendah....blik dr sekolah,g dapur...n bila xde org curik2 minum kt peti sejuk....tp akhirnya kantoi jgk..huhuhu...tp klu skrg buat mcm tue mmg buang tbiat ar... :p
apa pn kenangan dlm bln pose...di harap kt suma memperolehi keberkataan dr ny..Insya Allah....

Friday, June 8, 2012

Mencari Kebahagian Hakiki...

Yang Indah itu hanya la sementara...Manusia hanya mampu untuk merancang segala perjalanan,hala tuju yang ingin di tuju,impian yang ingin di capai...penentu setiap inci daripadanya adalah dari Allah Swt...setiap nikmat yang diberikan hanyalah untuk sementara....sementara itu la kita perlu mensyukuri setiap detik waktu sementara kita masih lagi bernafas..indahnya nikmat pemberiaan Allah kepada hambanya...walaupun setiap perjalanan hidup ditentukan Allah...kita sebagai hambanya wajib berusaha mengubah perjalanan hidup kita...

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" Surah Ar-Ra'd  (ayat 11)

bagaimana mencari kebahagian hakiki??

~ ada yang kata dengan harta manusia akan bahagia...harta berkuasa dalam mengubah hidup mereka
~ada yang kata ilmu mampu merubah hidup manusia..dengan ilmu manusia mampu mencari harta dan kebahagiaan
~ ada yang kata kedudukan dan darjat yang tinggi mampu untuk membuat mereka memiliki segala kebahagiaan duniawi...
~ ada yang kata CINTA MANUSIA adalah kebahagiaan...oh dunia bagai kita yang punya!

lalu apakah ukuran bagi sebuah kebahagiaan..adakah yang tidak berharta tidak akan merasai kebahagiaan,yang tidak memiliki ilmu tidak akan berbahagia..yang tidak mempunyai kedudukan dan darjat menjadi hina??
adakah yang tidak mempunyai cinta tidak akan merasai perasaan bahagia??? begitu ukuran kebahagiaan di mata manusia?...rendahnya maksud sebuah kebahagiaan...

Allah SWT berfirman:
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).

subahannaallah...betapa besarnya nikmat kebahagian yang Allah tetap kan..tidak melihat kepada harta hambanya...tidak melihat darjat dan ilmu yang diperolehi hambanya...tetapi setiap amalnya...satu-satunya cara manusia memperolehi kebahagiaan adalah dengan amalnya yang soleh...dengan tawadhunya kita terhadap Allah...betapa bahagianya hati pabila mengingati Allah...

Namun.......................

mampukah hamba ini mencapai kebahagian hakiki...mampukah kita mencapai kebahagian hakiki?????????
betapa beruntungnya orang-orang yang soleh itu..kebahagiaan hakiki..insyaAllah pasti milik mereka....

betapa kerdilnya hamba ini..........Ya Allah...semoga hamba2 Mu memperolehi kebahagian hakiki itu...

Tanya pada hati...dengan Akal yang dianugerahkan kepada kita....renungkanlah adakah kita mampu mencapai kebahagian hakiki itu...carilah kebahagiaan itu sementara Allah masih memberi nikmat kepada kita....

setiap manusia tidak akan lari dari kesilapan..jangan jadikan kesilapan lalu menghalang kita mencari kebahagian yang hakiki...kerana sayang Allah berikan kita kesakitan agar manusia bisa mensyukuri nikmat dimasa senang....

subahannallah.....berikan kami Nur MU....








~Dengan Cinta Allah

~NUR
 


Friday, May 18, 2012

pilih la mereka yang boleh membawa keredhaan Allah S.W.t

Hari ini minda ligat berfikir mengenai isu politik..ya isu Politik di Malaysia...Masalah yang sangat runcing..menikam dan menghimpit2 masyarakat...Aku bukanlah yang arif mengenai isu ini...namun manusia bijak untuk menilai..yang mana baik dan buruknya sesuatu perkara....

Apa benda politik nie??????????

    ~ POLITIK dalam bahasa Yunani di sebut POLITIQUE manakala dalam bahasa Arab disebut SIASAH...

 politik berperanan untuk  sistem pentadbiran sesebuah negara...Politik penting dalam maju dan mundur nya sesebuah negara...

~kita belajar sejarah..sejarah islam..tamadun islam..betapa hebatnya sistem politik islam...mecakupi segala aspek kehidupan manusia....eropah belajar dari pemikir-pemikir islam..Aspek perundagan islam dan sistem pentadbiran islam. 

      Politik  adalah  sesuai dengan  statusnya sebagai  fardhu kifayah  dan   daripada agama dan tuntutan iman. Keimanan mewajibkan seseorang menegakkan amar makruf nahi mungkar. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, wajib menjadikan politik sebagai medan dakwah dan ibadah demi menegakkan yang hak dan mencegah yang batil..

"tidak ada sebarang sistem politik yang diredhai Allah s.w.t dan diganjari pahala serta pengamalnya diselamatkan dari kecelekaan dunia dan azab akhirat melainkan sistem islam yang teguh dan kukuh diatas prinsip - prinsip perlembagaan islam iaitu:

  1. SYURA
  2. KEADILAN
  3. KEBEBASAN
  4. PERSAMAAN... (AL BUKHARI AMIR.2009)

Mari kita kupas isu ini mengikut sudut pandangan AKU.....

Membesar dengan politik semasa Malaysia..yang semakin hari semakin terdesak...semakin hari semakin jauh dari sistem islam...Politik Malaysia menurut pandagan AKU tidak lebih dari politik yang menjatuhkan sesama muslim....yang ada disembunyikan..Yang tiada di aDA2 Kan..yang kecil diperbesarkan yang besar...riuh seluruh alam...Kepimpinan adalah melalui teladan..sedari kecil AKU dididik oleh orang2 disekeliling ku agar meniru perbuatan yang baik2...menjadikan seseorang idol kita....dari kecil AKU ditekankan seperti itu...dan pabila usia semakin meningkat..aku semakin faham...siapakah yang boleh dijadikan teladan yang baik..kepada ummah..kepada orang yang dipimpin.... kita sendiri dapat menjawapnya dengan melihat politik masa kini..sistem politik manakah yang diredhai Allah?????????
buka mata kita...jangan pekak kan telinga..buka hati kita dan lihat...siapakah yang mampu membimbing kita untuk mendapat keredhaan NYA...

sistem politik Malaysia menurut pandagan aku (Maaf,menurut pandangan Aku) hanya lah politik yang bersifat peribadi..duniawi...mementingkan diri sendiri tanpa mengetahui keluh kesah masyarakat..orang yang jauh di pedalaman...masih di takuk yang lama sedangkan negara kita kini mencapai negara yang sedang membangun....berapa banyak yang sudah dibangunkan?

dengarkah mereka keluh kesah masyarakat...segala kesusahan orang2 kg..yang hidup kais pagi makan pagi..kadang2 kais pagi,petang dan malam....hirau ka mereka???????????
begitu ka sistem politik kita? politik peribadi..politik yang tiada perjuangan tetapi pabila penduduk bersuara..dengan lantangnya mereka memperkotak -katik kan perjuangan penduduk untuk mendapatkan hak mereka....

isu politik semakin hangat dengan tercetusnya bersih 3.0.....

masyarakat berhak menuntut hak mereka..suara kecil individu hanya lah seperti bahan lawak jenaka, dengan adanya bersih maka sekaligus suara kecil itu mendapat kekuatan dan lantas timbulnya pelbagai fitnah manusia...

Dimana tempat kita bersuara?adakah suara kita akan didengari oleh mereka yang Besar2 itu...maka dengan itu tercetusnya bersih...membuka wacana minda masyarakat yang mahu kn perubahan...berubahlah kepada yang boleh dijadikan teladan kepada kita...
 




MAAF~

sebelum terus baca ke noktah terakhir..tanya pada diri..sudah kah kita Memaafkan kesilapan orang di sekililing kita?Berapa kali kita memaafkan orang dalam hidup kita?

pertanyaan tuk diri ku sendiri??????sudahkah aku memaafkan mereka yang tersilap?........

jawapan sejujur dan seikhlas hati......sukarnya.untuk ku...melupakan apa yang terjadi..walau tiada dendam di hati terhadap mereka...tp maaf???????????? isyaAllah...dengan izin Allah...lembut kan hatiku untuk kembali memaafkan orang disekeliling ku...orang yang lalai...orang yang lupa setiap perbuatan mereka pasti akan dibalas seadilnya oleh Allah...tidak di dunia...tp di Akhirat....Tugas kita hanyalah memudahkan mereka..maafkan mereka...walau lambat...biar lmbt asal selamat :P

 Jadikan lah kamu pemaaf dan suruhlah orang  mengerjakan yang ma'ruf serta berpaling dari orang-orang yang bodoh. (Al-A'raf.199)
 
...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada..(AN - Nur:22)

....dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain..(Ali Imran:134)

...dan apabila mereka marah (akibat perlakuan uruk orang lain),meraka memaafkan (Asy-syura:37)


Melafazkan maaf tidak semudah memakan icecream...manis...makan begitu sahaja dan telan....
Lafaz maaf perlu lahir dari hati yang tulus dan ikhlas..memaafkan mereka kerana Allah...seandainya diriku dapat melakukan hal ini...Alhamdullilah...semoga Allah melembutkan hati kita untuk memaafkan orang disekeliling kita...

“Rasulullah SAW bersabda, “wahai Uqbah, bagaimana jika kuberitahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu.” (HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).

 sewaktu jari jemari bergerak menekan setiap angka untuk menghasilkan coretan ini..masih ada sisa luka dihati..masih ada yang belum dapat ku maafkan...masih...............walaupun bibir tersenyum..pasrah dan redha terhadap setiap yang berlaku...Mulut petah berbicara bahawa aku telah memaafkan..namun...jauh disudut hati...terlalu sukar........sukar untuk memaafkan...Ya Allah...lembut kan lah hati kami untuk memaafkan orang yang telah menzalimi hati kami...walau sekecil zarah..ikhlas kan lah hati kami untuk memaafkan mereka....sesungguhnya engkau maha pemaaf ( “al-Afuwwu")..Anugerahkan kami sifat itu...menjadi seorang pemaaf dan mengikat tali persaudaraan sesama muslim...


Wednesday, May 16, 2012

emmmmmmmmm...muncul lg nie rasa....mengapa harus muncul lg...tp lumrah...xpe..diam2 sdh....sembunyikan perasaan kita jgk adalah jihad....

"Dijadikan indah pada pandangan
manusia dengan kecintaan kepada apa -apa yang diingini,iaitu
wanita,kanak-kanak,harta yang banyak dari jenis emas,perak,kuda pilihan
binatang-binatang ternak dan sawah ladang
itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah lah tempat kembali(syurga)
                                                                 (Ali Imran:14)

sedih tidak terkata..sebab..ter..ter...dgn kwn sdr...hahahahaha..bengong ke apa......never mind..its ok...
pengalaman mengajar manusia untuk berubah menjadi lebih baik..jangan jadi kn pengalaman sebagai penghalang kehidupan kt...nops!!!!!!!!!
LIFE MUST GO ON!!!!!!!!!!!!!!!!

perjalanan hidup masih jauh...walaupun kt x pasti bila hidup akan berakhir...teruskan segala impian kt selagi tidak bertetangan dengan syarak..
.C.I.N.T.A.
Besar nya makna sebuah cinta bagi manusia..namun sebesar mana pn rasa cinta sesama manusia...cinta Allah lebih besar terhadap hambanya...

sebab Allah cinta..Allah timpakan aku dengan kesusahan supaya aku belajar erti tabah,bersyukur dan selalu mengingatinya
sebab Allah cinta Allah berikan aku kegembiraan walaupun hanya semantara supaya aku sentiasa berdoa kepada Nya dan hanya memohon kepada Nya...
sebab Allah cinta Allah berikan aku nikmat..nikmat menjadi seorang hamba Nya...walaupun kadang-kadang lalai dengan nikmat yang dipinjam kan kepada ku... dan sering meratapi nasib yang menimpa diriku..
Ya Allah..kerdilnya aku disisi Mu...

"dan siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang-orang yang menyeru kepada Allah
mengerjakan amal yang soleh dan berkata:
sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"
                              (Surah Fussilat,ayat 33)

Ya Allah..semoga hamba2 Mu Tabah menghadapi segala ujian Mu..

redhakan lah aku Ya Allah....

ubatlah kekecewaan di hatiku..tabahkan la aku dengan setiap apa yang berlaku...limpah kan aku dan para hamba Mu rahmat dan kasih sayang Mu...kasih sayang yang tiada tolok bandingnya..

sesungguhnya hanya Engkau....