SPONSOR BY

SPONSOR BY

Monday, July 29, 2013

Hijad Hati

Bismillahhirahmannirrahim..
》 assalammualaikum. .hari ni nak taip entry bkenaan ati.."hijad hati"..
Hati?? Siapa yang tak punya hati?? Anugerah indah kurniaan illahi, yang harus kt hargai..ya..jaga hati! !
Jangan biarkan sesiapa merobek hati kita terutama insan yang belum halal buat kita..
Cakap soal hati ni, seringkali dikaitkan dengan wanita..wanita hatimu terlalu lembut..dek kerana itu dirimu mudah terpedaya..terpedaya dengan tipu helah dunia..dunia yang penuh pancaroba..jaga hatimu wahai wanita..kerana Ia amat berharga..jangan biarkn hatimu kecewa..di robek bak sembilu..kerana aku tau bagaimana rasa. .
Jatuh cinta itu fitrah..namun jaga la hatimu..jaga selalu..lawan perasaan mu..kerana kau istimewa dan sebaik2  hiasan adalah wanita solehah..♥♥♥
Emm..nnt smbung lg..kikikiki..

Monday, July 22, 2013

Hadiah dari seorang sahabat..

Alhamdullilah. .seorang sahabat baik berasal dari tawau sabah menghadiahkan saya tudung labuh bserta niqab hasil jahitan sendiri. .JazakAllahu khair. .semoga Allah sentiasa memberkati dirimu wahai sahabat.
Waktu itu. .hati terasa sgt sayu..kosong..memikirkan dosa sendiri yg x trhitung..merasakan setiap pakaian yg d pkai seperti berbogel..knpa ntah perasaan itu wujud..sayu dan mngs sdr..
Dengan ringan tangan sms kt kwn..Alhamdullilah kawan memahami. .
Tapiiii...keadaan tmpt kja xmbenarkn pmakaian niqab..Ya Allah semoga permudahkan segala ny buat kami muslimah...
Buat sahabat..terima kasih tidak terhingga...semoga Allah mempermudahkan segala ny buat kita..amin

Thursday, April 11, 2013

~bila aku jatuh cinta!!

Assalammualaikum Yaa Akhi,Yaa Ukhti...semoga diri kita dilindungi Allah...Alhamdullilah hari ni dengan izinnya berkesempatan untuk update entry terbaru ^^.. hari nie tetiba rajin nak taip entry pasal CINTA..bila aku jatuh cinta...hari2 kita jatuh cinta..CINTA bukan hanya kepada insan semata - mata..Cinta cukup besar maknanya bagi mereka yang memahami dan menghargai cinta..Mari menghargai diri dan bercinta dengan diri sendiri.. Bagaimana ya mencintai diri sendiri?

:: Mencintai diri sendiri dengan bertakwa kepada Sang Pencipta..Mudahkan? amal makruf nahi mungkar...

:: Mencintai diri sendiri dengan menghargai insan - insan di sekililing kita..sama ada mereka menyakitkan kita atau sebaliknya..

:: Mencintai diri sendiri dengan menjaga peribadi,akhlak dan maruah kita sebagai umah...

banyak benda yang membolehkan kita mencintai diri sendiri...kita di anugerahkan akal fikiran dan gunakalah akal kita sebaik yang mungkin.jangan berpaksi kan nafsu semata-mata..

Hari nie nak share satu cerita pasal jatuh cinta...wahai hati betapa mudahnya kau jatuh cinta..HUHU...kalau kat kedai ada jual baju kalis cinta rasa nak beli byk2..nak pelihara diri dari cinta dunia..cinta yang belum tentu dimiliki...nak beli baju kalis cinta dan hanya sorang je bleh tembus baju tersebut iaitu bakal imam ku..wow..ada ker?ahaks!!!

Hati tiba2 jatuh cinta dengan seseorang..wow...tapi Alhamdullilah masih mampu untuk mengawal dari terus meroyan! Cinta itu indah bagi mereka yang menghargainya..Cinta itu tidak haram kerana perasan cinta diberi Allah sebagai anugerah yang istimewa..Alhamdullilah jika rasa cinta tidak merosakkan hubungan dengan sang pencipta..Cinta ini biar diantara hati hamba dan Dia...Semoga Senantiasa terpelihara dari godaan duniawi..

 Ya Allah jika dia sudah tertulis buat hamba mu Engkau permudahkan lah..Senangkan...Beri kekuatan kepada hamba dalam hijad perasaan..^^ BILA AKU JATUH CINTA!!!

Cinta yang lahir ini datang tiba2..bukan bersandarkan nafsu semata2..kerana dia membuka mata..untuk AKU belajar memaafkan orang - orang disekililing ku..Kerana dia seorang sahabat...kerana dia yang baru ku kenali tapi macam bertahun di dalam hati..kerana dia yang berjaya mencuri hati ini selepas disakiti dan kerana dia..dia dia...dan kerana Allah melahirkan perasaan ini.Alhamdullilah AKU  belajar untuk menghargai cinta...Kerana cinta dalam diam itu indah dan aku terpelihara dari godaan syaiton nir rojim..Jika jodoh itu tertulis buatku IN SHAA ALLAH dengan izin nya cinta bersatu bak kata Liyana Jasmay..love2...

Buat renungan bersama belajar la untuk mencintai dengan ikhlas..cinta memang untuk di balas...tapi andai kata cinta itu lahir dengan hati nurani yang ikhlas semoga Allah memberi petunjuk kepada kita..Cinta lah Sang pencipta kerana PASTI kita tidak akan hampa..UNTUK MUSLIMAH BELAJAR LAH MENCINTAI DIRI SENDIRI NESCAYA ALLAH AKAN MENCINTAI MU BERGANDA2..dan PELIHARA LA DIRI MU UNTUK BAKAL IMAM MU..AMIN YA RABB..^^

ok da siap entry nie...selamat membaca semua...jom layan lagu kt bawah..bila aku jatuh cinta...sweet..


Bisakah ku tanpamu
Bisakah ku tanpamu
Hatiku mulai rapuh
Hatiku mulai sepi
Bisakah ku tanpamu
Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Kan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah
Hanya untukmu

Relakah ku tanpamu
Relakah ku tanpamu
Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Kan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah
Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu
Menyempurnakan aku
Akan ku buatkan semua yang terindah

Thursday, January 3, 2013

Tuesday, January 1, 2013

HAPPY NEW YEAR


New Year baru sempat update blog...Sdh lama x tulis entry...apa pun..everthing is gonna be alright...ok der...
bila sebut je NEW YEAR..masing2 dengan azam tersendiri...AZAM?? what means????
Huhu...thn nie..thn baru...macam hari2 dan tahun2 sebelumny aku xde azam...cuba apa yang aku nak aku akan pastikan tercapai...in shaa Allah...berusaha selagi termampu..mcm status FB aku bebaru nie
 You are never a loser until you quit trying.
apa2 pn seperti tahun2 yang lalu..sentiasa mendoakan kehidupan akan labih baik daripada hari2 yang sdh berlalu...fokus..fokus..fokus...

FOKUS PASAL :

STUDY : Nk setel kn master cpt2...dpt anugerah cemerlang...in shaa Allah.. 

LOVE : Bab nie lemah sikit...Semoga Jodoh akan berkekalan dan semoga semuanya akan lebih ok...

FAMILY : Semoga kesihatan semua ahli keluarga akan bertambah baik..murah rezeki dan sentiasa di berkati Allah..Amin..


KERJA : No Komen....semoga cepat naik gaji...hahahaha....


penatnyaaaaa...sok sambung...okbai...

Friday, November 16, 2012

Kasih ibu bawa ke syurga :)




Alhamdullilah syukur nikmat..bersyukur masih dapat bernafas dan menghirup udara segar setiap pagi..Terima Kasih Mama kerana melahirkan aku ke dunia ini..Alhamdullilah..syukur ya Allah..kerana Engkau masih memberi ruang kepada aku untuk terus bernafas di bumi Mu..
“MA...tanpa insan yang bergelar Mama,mummy,ibu,bonda atau pelbagai lagi siapalah kami di Dunia ini..Syukur sekali lagi...
Terkilas di dalam hati untuk menulis mengenai kasih sayang ibu apabila melihat satu kejadian..Mungkin kisah ini sedikit lucu,tapi amat dalam maksudnya..
Kisah ini berlaku awal pagi tadi sewaktu mandi..Aku melihat ayam Mama yang baru lepas mengeram@bersalin...heee...Anak – anak ayam yang kecil berbulu kuning kehitaman seperti ibunya terjatuh dibawah..Anak ayam tersebut berbunyi terpiak – piak..Mungkin kalau manusia anak kecil yang baru lahir menangis nak menyusu...Ibu ayam tersebut turun dan menutup anak – anak nya mengunakan sayap untuk melindungi anak – anaknya samada dari kesejukan atau ancaman musuh..SUBAHANALLAH...Besarnya makna kasih sayang insan yang bergelar ibu..Melihat peristiwa tersebut terkilas dihati untuk menulis didalam blog...Sebagai renungan untuk diri dikala diri terlupa..Juga sebagai renungan kepada insan – insan yang sudi membaca blog ini..TERIMA KASIH 
Selagi kita masih benafas diatas muka bumi ini..hargailah kasih sayang ibu bapa kita..Tanpa mereka Siapa lah kita..

Allah berfirman : “

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

 Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya),dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang  demikian) bersyukurlah kepadaku dan kedua ibu bapamu dan (ingatlah),kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)
                                                                                                  (surah Luqman : 14)


Terdetik didalam hati untuk menulis sebuah puisi untuk ibu..walaupun aku bukanlah seorang penulis yang puitis tapi puisi ini adalah ikhlas dari hati seikhlas kasih ibu taktala membesarkan aku sehingga aku Berjaya kini...Alhamdullilah Syukur J




MA....
Lahirnya aku didunia ini merupakan satu rahmat
Yang tidak terhingga,
Aku bersyukur ke hadrat Allah yang kuasa
Memberi aku peluang berada di dalam kandunganmu
Memberi aku peluang untuk menjadi anakmu..

Ma....
Pengorbananmu tiada tolok bandingnya
Kasih sayangmu tidak dapat ku hitung
Tidak terluah dek kata – kata
Hanya mampu mengucapkan rasa syukur
Syukur kerana membesarkan aku
Syukur kerana mendidik aku menjadi insan berguna
Syukur kerana tidak jemu dengan telatah ku

Ma....
Budi mu tidak dapat ku balas
Jasa mu sentiasa ku kenangi
Kerana tanpamu siapalah aku
Seorang hamba Allah yang hanya
Menumpang kasih dan sayangmu

Ma....
Walaupun aku selalu menyakitkan hatimu
Ketahui lah disegenap jiwaku..
Kasih sayangku terhadap mu tidak terhingga
Tiada galang gantinya
Terima kasih MA..diatas segalannya
Aku bersyukur menjadi anakmu..
TERIMA KASIH MA 

Alhamdullilah selesai sudah entry ini..sebenarnya terlalu banyak hendak diluahkan mengenai insan bergelar ibu ini..tidak terhitung..tapi cukuplah setakat ini sebagai renungan bersama..

Sebuah lagu hadiah untuk insan yang bergelar mama..SYURGA KU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU
Duhai Apakah Gerangan BuDi Balasan
Bagi Insan Melahirkan
Membesarkan
Bercucuran Airmata Bila Mengenangkan
Betapakah Besar BuDi Ibunda Berikan
Siang Malam Menderita
Hingga Entah Bila
Sungguh Besar Pengorbanan
Ibunda Berikan
Tiada Bahagia Jika Tiada
Doa Puja Restu
Syurga itu Telapak Kaki Ibu


Lagu Untuk Ibu - Brothers


Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah
Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini
Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa
Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya

Wednesday, November 7, 2012


Sesekali ku rasa teringin
Melewati hatimu yang dingin
Mendengar keluh resah
Semenjak kau kehilanganku

Tiap kali ku cuba hampiri
Makin deras degup jantung ini
Diranjang kian sepi
Ku sendiri...

Sesungguhnya tewas menghadapi
Malah ku akui sepi menghantui
Paling tidak berilah peluang
Ku berterus terang

Adakala ku rasa teringin
Bermesra denganmu bagai waktu dulu
Tapi bilakah semua ini
Akan jadi pasti bukan lagi mimpi
Kasihani diriku...

Ku wanita dengan airmata
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar melepaskan
Rasa hati....

Ku mengharapkan...
Jendela hati...
Terbuka lagi...
Oh.. oh.. oh...

Malam nie tiba2 mulut asyik nyanyi lagu nie..mungkin teringin atau mungkin seperti senikata dalam lagu ini..Semua orang pasti ada kenangan dalam setiap lagu...Setiap lagu ada cerita.Bak kata Yuna setiap gambar ada lagu :) Lagu teringin dendangan Shima nie adalah sebuah nostalgia..dari zaman kecik kerap sangat nyanyi lagu nie tidak kira masa dan tempat..sehinggalah kini..Hari ini,hari dimana usia mencecah kedewasaan..Alam dewasa yang penuh ranjau berduri..Kadang - kadang jika terlalu asyik dengan nikmat alam dewasa ini kita akan jatuh..jatuh dan terjatuh..Mungkin ada yang bersimpati atau mungkin sekadar jadi pemerhati tidak lupa ada si pengejek yang akan terus-terusan mematahkan semangat kita untuk bangun..Begitulah perjalanan sebuah kehidupan..umpaya tayar-tayar bergerak di lebuh raya besar..jika tayar gagal berfungsi dengan baik..akan berlaku sesuatu yang tidak di ingini..jika tayar dapat berfungsi dengan baik maka lancarlah sebuah perjalanan....HIDUP UMPAMA RODA!!!!!

TO BE CONTINUE....


 

Monday, October 8, 2012

tips diet + tips sihat..

Yuhuuuuuu....Hari Nak Share psl diet sht la...Sharing Is Caring! kn?! Topik hari nie pasal buah -buahan..Buah tinggi Serat bagus untuk diet..so..sila baca entry nie smpai habis k..



BUAH BETIK...Buah Betik senang nak dapat dan harga pun murah..siap ada jual RM1 Sepotong...Buah Betik selain kaya dengan VITAMIN C yang tinggi iaitu DUA KALI GANDA dari BUAH LIMAU..Betik juga boleh jadi pendinding daripada serangan penyakit yang menyeran HEMPEDU.Menurut kajian pakar Pemakanan dari University Of California,San Francisco terdapat lebih dari 13,000 orang,mereka yang mempunyai kadar VITAMIN C yang rendah berisiko tinggi menghidap penyakit HEMPEDU.Walaupun kita leh dapat VITAMIN C nie dari sayur2an or buah2 lain tapi  sebiji Betik dengan ukuran sederhana iaitu kira2 280gram mengandungi 188mg vitamin c dan 500 kj kalori...fuhh!!


ANGGUR..emm harga Mahal k..tp cukup berbaloi jgk..Lama xmkn Anggur -_-.Pasti ramai yang tahu kandungan antioksidan di dalam buah Anggur mampu mencegah gula dalam darah menjadi lemak...Anggur juga mencegah pembentukan lemak didalam perut...Nah!!!sape2 yang banyak lemak kt perut..beli la Anggur k!! Anggur juga sangat baik untuk kesihatan dan kelicinan kulit..(ptt kulit xlicin..kurang mkn anggur >,< ) Anggur juga membantu kita jadi AWET MUDA..Kandungan yang ada kat Anggur seperti GULA BUAH,KAROTIN,VITAMIN C dan B..Mkn Anggur dengan kerap membantu membaiki Penglihatan Mata,memperbaiki sistem penghadaman dan mencegah Asid Urik sekaligus mencegah ORGAN HATI BEBAS DARI TOKSIN! Anggur juga bagus bagi mereka yang lemah saraf. Ia boleh menstabilkan hormon wanita dan membantu mencegah OSTEOPOROSIS @ RAPUH TULANG.

OREN..berbanding dengan buah lain..OREN dipercayai mempunyai kandungan Serat paling tinggi..Serat dalam buah ini juga adalah dari jenis yang larut dalam AIR dan amalam memakan buah ini mampu mengurangkan keinginan korg menikmati KARBOHIDRAT.Menurut DR.BILL SEARS,Pakar Psikologi dan Profesor di University of Colifornia,pengambilan buah Oren setiap Hari dapat membantu meningkatkan kadar anibodi dalam badan.Selain itu,ia juga dapat menghentikan virus2 penyakit daripada memasuki badan korg!

TEMBIKAI..Terdiri daripada 92% air,8% gula serta mengandungi ANTIOKSIDAN LYCOPENE,kaya dengan Beta Karotera yang mampu mencegah pelbagai penyakit terutamannya kanser.Tembikai juga kaya dengan KALIUM (POTSIUM). Separuh daripada buah tembikai mempunyai sebanyak 825MG KALIUM. Kalium kan baik untuk merendahkan tekanan darah dan menghalang Kolesterol daripada melekat dan menyempit pembuluh darah Arteri .. (Fuh!! teringat subjek sains masa form5 >.<) Ia juga mampu memberi isyarat kenyang kepada otak dalam tempoh yang singkat apabila RESEPTOR  di dalam perut Teransang.JUS TEMBIKAI mampu untuk menyembuhkan penyakit dengan menghapuskan kesan2 TOKSIK dalam tubuh selain kehadiran Asid berlebihan juga dapat diatasi kalau korg amalkan minum jus tembikai nie..Jangan kt kedai je bru order k ==!


Setakat nie...nie jelah dapat share k..info Lanjut sila Baca buku Bertajuk "EAT WELL,LIFE WELL" atau The Botany of Desire: A Plant's-Eye View of the World (Paperback) by MICHEAL POLLAN..

 ENJOY UR READ..SHARING IS CARING^^


CIK NUR ^^

Thursday, October 4, 2012

jiwa kosong ^^

kosong..kosong..kosong...Nie bkn kosong versi Najwa Latif,nie Kosong versi Cik Nur...

Saat ini...Saat baca belog ini..cuba fikir apa yg kosong dlm hidup kita...POKET KOSONG????????satu kebarangkalian dalam hidup..huh!!! Hati Kosong?????? Ar..nie problem kalu hati kt dah kosong..Pandai2 LA tenung dan rujuk balik Hubungan dengan Sang Pencipta..Hati Kosong + jiwa kosong menyebabkan hidup kita KOSONG...KEKOSONGAN MENYELUBUNGI HIDUP!!!!!!!...KREDIT KOSONG????Hahaha..yang nie tahap hampeh...nak calling2 pn payah...nk text apatah lagi...so secara kesimpulannya kita akan KOSONG LA...0-0...huh!...tapi kosong satu nie mmg bgus la...FROM ZERO TO HERO!!!ZERO?HERO???????mcm ceta Hercules kn..itu HIPERBOLA SEMATA2..ZERO TO HERO bg seorang insan bergelar manusia bermaksud dari kt tak punya apa2...bila berusaha akan dapat juga HASILNYA..Hendak seribu Dayah...tak Hendak banyaklah Dalih..So,kesimpulannya..Tetap KOSONG...
MARKAH KOSONG????ar yang nie tuk mereka yang bergelar Student..Kalau Dah dapat Markah Kosong rajin2 la study..Kalau x..telinga Korang Akan KOSONG sebab kena CUCI oleh MA+PA...^^v
Apa lagi Yang KOSONG?? Dah Habis Idea ..KOSONG DA NIE..Masa tulis nie pn masa boring dan rasa KOSONG..HUH!..OTAK PUN DA KOSONG...sAJA je TUK mENGISI masa KOSONG NIE ^^v
Tapi kalau kita fhm btl2..MSJ KOSONG aku nie jeles dan Nyata..MESEJ PN SAMPAI...
SO..KESIMPULANNYA...JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DI SELUBUNGI KEKOSONGAN...
JOM SAMA2 JADI HERO...^^v

Nah------> KOSONG tuk Korg K..LAYAN & selamat mengisi Kekosongan..



CIK NUR ^^

Saturday, September 29, 2012

Jom belajar Make up ^^

 

Nah korg...yg nk bljar Make up...^^..tk saya jgk...sbb sy sendiri pn x reti pkai make up...hihi...tp rimasla pkai make up...pipi pn jd berat...tp sape2 yg tringin sgt mau Make up..leh try youtube nie..check it out




Klu Nk MaKE uP SGT...hati2 la ye..kena guna produk yg sesuai dgn kulit...nnt masa make up cntk..lps make up haru biru..nyesal plak...so suggest skt produk nie..ITS MAYBELLINE..Memang bgus..wlpn xpnh pkai Make up Keluaran Maybelline tp da ckp memandai dgn BB CREAM,POWDER & LIP BALM dari produk nie...mmg bagus...dah dkt 10thn pkai BB CREAM,POWDER N LIP BALM Maybelline...mmg TERBAIK....its up to u ^^

SELAMAT BER MAKE OVER YE ^^

CIK NUR ^^