SPONSOR BY

SPONSOR BY

Friday, November 16, 2012

Kasih ibu bawa ke syurga :)




Alhamdullilah syukur nikmat..bersyukur masih dapat bernafas dan menghirup udara segar setiap pagi..Terima Kasih Mama kerana melahirkan aku ke dunia ini..Alhamdullilah..syukur ya Allah..kerana Engkau masih memberi ruang kepada aku untuk terus bernafas di bumi Mu..
“MA...tanpa insan yang bergelar Mama,mummy,ibu,bonda atau pelbagai lagi siapalah kami di Dunia ini..Syukur sekali lagi...
Terkilas di dalam hati untuk menulis mengenai kasih sayang ibu apabila melihat satu kejadian..Mungkin kisah ini sedikit lucu,tapi amat dalam maksudnya..
Kisah ini berlaku awal pagi tadi sewaktu mandi..Aku melihat ayam Mama yang baru lepas mengeram@bersalin...heee...Anak – anak ayam yang kecil berbulu kuning kehitaman seperti ibunya terjatuh dibawah..Anak ayam tersebut berbunyi terpiak – piak..Mungkin kalau manusia anak kecil yang baru lahir menangis nak menyusu...Ibu ayam tersebut turun dan menutup anak – anak nya mengunakan sayap untuk melindungi anak – anaknya samada dari kesejukan atau ancaman musuh..SUBAHANALLAH...Besarnya makna kasih sayang insan yang bergelar ibu..Melihat peristiwa tersebut terkilas dihati untuk menulis didalam blog...Sebagai renungan untuk diri dikala diri terlupa..Juga sebagai renungan kepada insan – insan yang sudi membaca blog ini..TERIMA KASIH 
Selagi kita masih benafas diatas muka bumi ini..hargailah kasih sayang ibu bapa kita..Tanpa mereka Siapa lah kita..

Allah berfirman : “

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

 Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya),dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang  demikian) bersyukurlah kepadaku dan kedua ibu bapamu dan (ingatlah),kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)
                                                                                                  (surah Luqman : 14)


Terdetik didalam hati untuk menulis sebuah puisi untuk ibu..walaupun aku bukanlah seorang penulis yang puitis tapi puisi ini adalah ikhlas dari hati seikhlas kasih ibu taktala membesarkan aku sehingga aku Berjaya kini...Alhamdullilah Syukur J




MA....
Lahirnya aku didunia ini merupakan satu rahmat
Yang tidak terhingga,
Aku bersyukur ke hadrat Allah yang kuasa
Memberi aku peluang berada di dalam kandunganmu
Memberi aku peluang untuk menjadi anakmu..

Ma....
Pengorbananmu tiada tolok bandingnya
Kasih sayangmu tidak dapat ku hitung
Tidak terluah dek kata – kata
Hanya mampu mengucapkan rasa syukur
Syukur kerana membesarkan aku
Syukur kerana mendidik aku menjadi insan berguna
Syukur kerana tidak jemu dengan telatah ku

Ma....
Budi mu tidak dapat ku balas
Jasa mu sentiasa ku kenangi
Kerana tanpamu siapalah aku
Seorang hamba Allah yang hanya
Menumpang kasih dan sayangmu

Ma....
Walaupun aku selalu menyakitkan hatimu
Ketahui lah disegenap jiwaku..
Kasih sayangku terhadap mu tidak terhingga
Tiada galang gantinya
Terima kasih MA..diatas segalannya
Aku bersyukur menjadi anakmu..
TERIMA KASIH MA 

Alhamdullilah selesai sudah entry ini..sebenarnya terlalu banyak hendak diluahkan mengenai insan bergelar ibu ini..tidak terhitung..tapi cukuplah setakat ini sebagai renungan bersama..

Sebuah lagu hadiah untuk insan yang bergelar mama..SYURGA KU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU
Duhai Apakah Gerangan BuDi Balasan
Bagi Insan Melahirkan
Membesarkan
Bercucuran Airmata Bila Mengenangkan
Betapakah Besar BuDi Ibunda Berikan
Siang Malam Menderita
Hingga Entah Bila
Sungguh Besar Pengorbanan
Ibunda Berikan
Tiada Bahagia Jika Tiada
Doa Puja Restu
Syurga itu Telapak Kaki Ibu


Lagu Untuk Ibu - Brothers


Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah
Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini
Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa
Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya

No comments:

Post a Comment